Thursday, March 18, 2021

Penyusuan susu ibu bagi ibu bekerja.

Assalamualaikum dan hai.


Kali ini saya ingin menulis berkenaan susu ibu dan cara menguruskannya. Sejak anak saya Ili Nayla masih dalam kandungan, saya sudah merancang untuk memberikannya susu ibu secara eksklusif. Apakah yang dimaksudkan dengan penyusuan secara eksklusif? 


Penyusuan eksklusif bermaksud bayi hanya diberi susu ibu sahaja tanpa makanan atau minuman lain selama 6 bulan.


Alhamdulillah, sehingga kini, Nayla saya sudah berumur 5 bulan dan saya berjaya menyusukannya tanpa susu formula. Saya berazam untuk meneruskan penyusuan susu ibu sehingga berumur 2 tahun insyaALLAH.


Saya akan membahagikan penulisan kali ini kepada beberapa topik:

  • Kepentingan susu ibu
  • Demand & supply
  • Pam susu: Manual atau Auto?
  • Pengurusan susu perahan
  • Pengurusan susu ibu di rumah pengasuh

Kepentingan susu ibu

Seperti mana yang kita sedia maklum, susu ibu mempunyai banyak khasiat dan dapat memberikan nutrisi penting kepada bayi. Kolostrum (susu kuning pekat di awal kelahiran) yang mengandungi kandungan antibodi yang sangat tinggi sekaligus dapat meningkatkan sistem imuniti bayi. Selain itu, bagi ibu pula penyusuan susu ibu dapat mempercepatkan proses pengecutan rahim dan mengurangkan risiko kanser payudara dan ovari.

Demand & supply

Bagi menjayakan penyusuan eksklusif, ibu perlu terlebih dahulu memahami konsep demand & supply. Apakah itu? Semakin kerap payudara dikosongkan (demand), semakin banyak susu dihasilkan (supply). Oleh itu, penting bagi ibu untuk memastikan payudara kerap dikosongkan sama ada secara hisapan terus atau perahan. Pada awal kelahiran, susu ibu agak sedikit dan pekat. Ibu-ibu tidak perlu panik kerana ketika ini perut bayi masih kecil. Berikut merupakan keperluan susu ibu bagi 1 bulan pertama.



Sumber gambar: Google

Sebagai contoh anak saya Nayla, pada awal kelahiran kerap menangis usai dari menyusu. Pada awalnya, saya juga merasakan bahawa susu saya tidak mencukupi. Pabila saya meminta nasihat daripada pakar laktasi, ternyata hal ini terjadi kerana cara lekapan yang tidak betul.


Teknik lekapan yang betul. Sumber gambar: Google


Pam susu: Manual atau Auto?

Sebagai seorang ibu bekerjaya, sudah pasti saya perlu memerah susu ketika di tempat kerja. Ini bagi memastikan stok susu mencukupi dan mengelakkan payudara daripada bengkak susu. Terdapat pelbagai jenis pam susu sama ada secara manual atau automatik. Saya menggunakan kedua-dua jenis bergantung kepada keadaan dan tempat.


Silicone milk collector. Sumber gambar: Google



Cimilre F1 Breastpump. Sumber gambar: Google

Ketika di tempat kerja, saya menggunakan Cimilre F1 Auto Breastpump. Pam ini tidak memerlukan saya untuk mengepam susu secara manual. Selain menjimatkan tenaga, saya juga menggunakan ciri bebas tangan (handsfree) bagi membolehkan saya melakukan kerja sambil mengepam. Ketika di rumah, saya akan memastikan anak saya menyusu secara direct. Selain dapat mengeratkan hubungan ibu dan anak, ia juga menjimatkan masa. Namun begitu, ketika anak saya sedang menyusu, susu sering menitik keluar dari payudara sebelah lagi. Ini dinamakan Milk Ejection Reflex (MER)  atau Let Down Reflex (LDR). Hal ini berlaku kerana rembesan hormon Oksitosin. Bagi mengelakkan pembaziran, saya menggunakan Silicone Milk Collector untuk menadah susu yang keluar. Saya hanya perlu menekan dan melekapkannya pada payudara. Ciri silicone membantu milk collector untuk tetap pada payudara tanpa dipegang. Ia ringan, mudah digunakan dan mudah dibersihkan.

Pengurusan susu perahan

Saya akan memerah susu sebanyak 3 kali sepanjang waktu bekerja (8.30 pagi - 5.30 petang) selama 30 minit bagi satu kali sesi. Susu yang telah diperah akan disimpan di dalam cooler bag bersama 2 ice packs. Ini bagi mengekalkan suhu sejuk susu sebelum dibawa pulang.

Usai sampai di rumah, saya akan memindahkan separuh perahan ke dalam milk storage bag dan disimpan terus ke dalam chest freezer. Manakala separuh lagi akan saya simpan di bahagian chiller untuk dihantar ke rumah pengasuh pada keesokan hari. 

Berikut merupakan tempoh jangka hayat susu ibu:


Sumber gambar: Google

Pengurusan susu ibu di rumah pengasuh

Saya akan membekalkan susu ibu sebanyak 6 botol sehari ke rumah pengasuh. Satu botol adalah untuk sekali minum. Ini bagi mengelakkan pembaziran kerana susu yang tidak habis diminum perlu dihabiskan selama 1 jam. Anak saya Ili Nayla pada mulanya hanya minum sebanyak 2-3 Oz sekali. Sejak berusia 5 bulan, saya mula menambah susu kepada 3-4 Oz sekali. Ini semua bergantung kepada perkembangan dan kehendak bayi. 

Pada malam sebelumnya, saya akan mencairkan susu beku (frozen milk) di bahagian chiller. Pada pagi berikutnya, sekiranya susu masih tidak cair sepenuhnya, saya akan mengalirkannya di bawah air paip. Susu-susu tersebut akan saya masukkan ke dalam cooler bag bersama 3 ice packs bagi mengekalkan suhu susu tersebut sepanjang tempoh di rumah pengasuh. 

Berikut merupakan panduan susunan susu untuk dihantar ke rumah pengasuh.

Sumber gambar: Google

Saya akan melabelkan botol-botol mengikut nombor (1-6). Susu beku yang telah dicairkan akan dimasukkan ke dalam botol 1-3. Ini kerana, susu beku ini perlu dihabiskan dalam tempoh 24 jam. Botol 4-6 pula mengandungi chilled EBM (susu sejuk tanpa dibekukan) yang diperah pada hari sebelumnya. Chilled EBM yang tidak diminum boleh disimpan semula di dalam chiller selama 4 hari, atau dipindahkan ke freezer untuk dibekukan. 

Dengan cara ini, pengasuh hanya perlu memanaskan botol susu yang hendak diminum menggunakan warmer. Bukan sahaja menjimatkan masa, malah kemungkinan pengendalian susu ibu secara tidak betul oleh pengasuh dapat dielakkan. 

 
Saya menggunakan warmer jenama Supermama. Ia portable, kecil, ringan dan mudah digunakan. Sumber gambar: Google.


Sekian perkongsian saya mengenai pengendalian susu ibu bagi ibu bekerja. 












Sunday, February 7, 2021

Checklist barang bayi & ibu.

Assalamualaikum dan hai.

Hari ini saya ingin berkongsi checklist barang bayi dan ibu yang saya sediakan sebelum bersalin. Saya mula membeli barangan-barangan tersebut pada usia kandungan mencecah 6 bulan. Ada yang suka menyediakan di awal kehamilan. Ada juga yang mengikut pantang larang hanya berbelanja pada trimester akhir. Bagi saya, tempoh masa penyediaan bergantung kepada individu. Saya tidak suka berbelanja terlalu awal, tapi tidak mahu berbelanja terlalu lewat dikhuatiri tidak larat untuk ke sana ke mari dengan perut yang sarat 😅.

Barang bayi:

  • Bedung (10 helai)
Terdapat perbagai jenis bedung di pasaran. Saya membeli 4 helai bedung flannel dan 6 helai bedung muslin cotton.




Ili Nayla ketika check-up di hospital. Saya hanya menggunakan bedung flannel ketika di hospital dan pada waktu malam kerana material kain yg lebih tebal. Sekarang saya hanya menggunakannya sebagai blanket kerana saiz sudah tidak muat utk dijadikan bedung 😂.



Saya lebih gemar menggunakan bedung cotton muslin kerana saiz yg lebih besar dan kain kapas yg lebih nipis berbanding flannel. Material ini sesuai utk cuaca panas di Malaysia. Apabila anak sudah besar, kain ini juga sesuai utk dijadikan tuala.



Bagi ibu-ibu yang ingin lebih mudah, kini terdapat juga bedung instant di pasaran. 


Sumber gambar: Google


Nota kaki: Bedung penting digunakan bagi menyesuaikan suhu badan bayi dgn persekitaran. Selain itu, ia dapat mengelakkan tidur bayi terganggu disebabkan oleh refleksi tangan dan kaki mereka.


  • Barut (10 helai)
Saya membeli barut dengan material kain kapas agar ia selesa pada kulit bayi. Saya juga memilih barut yang mempunyai corak kerana kelihatan cantik. Saya sengaja membeli barut yang bersaiz besar agar barut tersebut dapat menutupi perut dan dada bayi serta boleh digunakan untuk tempoh yang panjang.

Nota kaki: Barut digunakan utk mengelakkan bayi kembung perut serta menjaga tali pusat sebelum tertanggal.


  • Changing mat
Saya menyediakan 2 changing mat. Satu untuk kegunaan di rumah dan satu lagi dalam bentuk portable untuk mudah dibawa kemana-mana.


  • Baju & seluar (10 pasang)
Elakkan dari membeli baju & seluar bersaiz newborn terlalu banyak kerana bayi hanya memakainya dalam tempoh yang sangat singkat kerana mereka cepat membesar. Kebanyakannya saya beli untuk saiz 0-6 bulan dan 3-6 bulan.


  • Mitten & booties (7 pasang)
Mitten penting di awal kelahiran bagi mengelakkan kuku bayi yang nipis dan tajam dari mencakar muka & mata mereka. Booties pula dapat mengekalkan suhu badan bayi kerana kaki dan tangan bayi mudah sejuk berbanding anggota badan yang lain.

Nota kaki: Penggunaan mitten hanya sehingga bayi berusia 1 bulan. Selepas itu, kita patut menggalakkan bayi meneroka persekitaran dengan menggunakan tangan dan kaki mereka atau lebih dikenali sebagai sensory touch & play. Ia amat membantu perkembangan sensorik bayi.


  • Pampers
Nota kaki: Elakkan dari membeli pampers bersaiz newborn terlalu banyak kerana bayi cepat membesar dan sesetengah bayi tidak serasi dengan sesetengah jenama. Sapukan nappy cream pada bahagian yang melecet sekiranya reaksi berlaku.


  • Sabun, syampu, bedak, losyen
Nota kaki: Pada awal kelahiran tidak digalakkan utk menggunakan sabun atau syampu. Jika ingin menggunakannya, pastikan sabun dan syampu tersebut bebas dari bahan kimia dan pewangi kerana bimbang kulit bayi yg sensitif akan mudah berlaku iritasi.


  • Nappy cream

Saya menggunakan jenama earth mama kerana ia organik dan bebas dari bahan kimia. Ia agak mahal tetapi serasi dan berkesan untuk menghilangkan ruam pampers Nayla.
Sumber gambar: Google

  • Minyak telon

 

Saya menggunakan stommy oil Tasneem Natural dan Minyak Bebe Anugerah. Kedua-duanya serasi dengan Ili Nayla.
Sumber gambar: Google


Secara peribadi, saya amat menyukai 2 produk dari rangkaian Tasneem Natural iaitu CF-Rub dan T-rub. CF-Rub secara am nya digunakan utk cold & flu. Saya sering menyapukan balm ini pada dada Nayla. Manakala T-Rub secara am nya digunakan utk tummy bagi mengelakkan kembung perut. Saya sapukan pada perut, betis dan tapak kaki.
Sumber gambar: Google


  • Car seat & baby carrier
Oleh kerana saya dan suami bekerja, car seat amat penting kerana setiap hari menjadi rutin saya untuk menghantar dan mengambil anak pulang dari rumah pengasuh.


Nayla nyenyak tidur di dalam 2-in-1 car seat & baby carrier. Hadiah dari tok mak dan acik. TQ 😘.



  • Tilam & bantal
Penting untuk memastikan bayi tidak tidur di atas katil yang sama dengan ibu bapa bagi mengelakkan bayi dari terhempap atau berlaku Sudden Infant Death Syndrome (SIDS). Namun begitu, saya hanya membeli babynest dan meletakkannya di atas katil kerana harganya yang lebih murah berbanding baby cot. Penyusuan pada waktu malam juga lebih mudah kerana bayi sentiasa berada di samping saya.



Nayla tidur nyenyak di dalam babynest sambil memakai topi yang dikait emak 😍.


Nota kaki: SIDS kerap berlaku pada bayi berumur kurang dari 1 tahun. Terdapat pelbagai langkah yg boleh diambil bagi mengelakkan SIDS seperti menggunakan tilam yang padat, membedung bayi, tidak menempatkan mainan di katil bayi dan bebas dari asap rokok.


  • Topi (2 helai)
  • Wet tissue
  • Besen mandi
  • Selimut
  • Tuala
  • Kapas baby
  • Nasal aspirator
  • Thermometer
  • Pemotong kuku

Barang ibu:

  • Breast pump
Oleh kerana saya merupakan ibu bekerjaya, breast pump merupakan barangan penting bagi menjayakan penyusuan ibu secara eksklusif. Saya berazam untuk menyusukan anak saya selama 6 bulan dan jika diizinkan ingin menyambung sehingga 2 tahun. Alhamdulillah, sekarang anak saya Nayla sudah berusia 4 bulan dan masih menyusu susu ibu tanpa sebarang tambahan susu formula. Nanti saya akan menulis satu blog khas berkaitan penyusuan ibu 😃.


Saya menggunakan breast pump model Cimilre F1. Ia ringan dan kecil. Mudah dibawa kemana-mana. Tidak mengeluarkan bunyi yg kuat. Rechargeable.
Sumber gambar: Google

Nota kaki: Keselesaan menggunakan breast pump bergantung kepada individu. Sekarang terdapat banyak kedai yg membenarkan pengguna mencuba breast pump terlebih dahulu sebelum membeli. 


  • Botol susu & berus botol
Sejak kelahiran, saya menggunakan botol susu leher besar (wide neck). Bagi menjayakan penyususan ibu secara eksklusif, wide neck bottle yang dikatakan mirip dengan puting ibu dapat mengurangkan risiko bingung puting dalam kalangan bayi. Malahan, jenis botol ini juga mudah dibersihkan kerana mempunyai bukaan yang lebar. Terdapat pelbagai jenama popular di pasaran seperti Tommee Tippee, Pigeon dan Como Tomo. Tetapi saya hanya menggunakan botol percuma dari set breastpump Cimilre dan pumponthego.


Botol pumponthego merupakan storage bottle. Saya hanya memasukkan puting anti-colic dan Nayla boleh menggunakannya sebagai botol susu. Harganya amat murah berbanding jenama-jenama yg saya sebutkan tadi. Praktikal dan jimat bukan?
Sumber: Google


  • Cooler bag & ice pack
Cooler bag antara barang yang amat penting dalam menjayakan penyusuan ibu. Sekurang-kurangnya 2 cooler bag perlu dimiliki ibu bekerjaya. 1 untuk menyimpan susu yang diperah di tempat kerja. 1 lagi untuk stok susu dihantar ke tempat pengasuh. Terdapat pelbagai jenama cooler bag yang berkualiti dan dapat mengekalkan suhu sejuk susu sehingga 6 - 8 jam antaranya Gabag dan pumponthego.


  • Storage susu
Terdapat 2 cara menyimpan stok susu ibu yang sudah diperah iaitu menggunakan botol atau storage bag. Saya menggunakan kedua-dua cara. Saya akan menyimpan susu di dalam botol di bahagian chiller  untuk susu yang akan digunakan dalam masa terdekat. Manakala untuk susu yang akan disimpan di bahagian freezer, saya akan menggunakan storage bag kerana ia lebih jimat ruang.


Saya menggunakan jenama Autumnz dan Milk Planet. Plastik yg digunakan tebal dan berkualiti. Double zip-lock dapat mengelakkan susu dr tumpah. Gambar ilustrasi pada bag juga amat comel 😍.
Sumber gambar: Google

Nota kaki: Pastikan untuk membeli storage bag yg berkualiti kerana plastik yg nipis akan mudah terkoyak apabila dibekukan. 


  • Bengkung
Terdapat pelbagai jenis bengkung di pasaran. Ada yang menggunakan tali, zip dan strap. Oleh kerana saya berbadan kurus, saya memilih untuk menggunakan jenis strap. Selain itu, ia juga mudah untuk dipakai dan dibuka. 

Nota kaki: Bengkung penting digunakan selepas bersalin bagi tujuan mengempiskan perut dan memulihkan kulit perut. Selain dapat mengelakkan perut gelebeh selepas bersalin, ia juga bagus utk membuang angin dan mengetatkan kembali otot perut.


  • Tungku & set pantang
Saya dari kecil tidak pandai menelan pil. Malah, panadol actifast juga saya akan kerat 2. Itu pon jika sangat terdesak seperti pening kepala yg berlanjutan. Saya tidak membenci ubat, cuma saya takut untuk menelan ubat yang bersaiz besar. Sewaktu berpantang, saya tidak mengamalkan jamu kerana anak saya mempunyai jaundice atau demam kuning. Selepas seminggu, penyakit kuning anak saya surut dan saya hanya mengamalkan ubat periuk. Rasanya enak dan amat menyegarkan.


Saya menggunakan khidmat berpantang mamacare. Set berpantang seperti tapel, pilis dan param juga saya beli dari mereka. Set ini terdapat dalam bentuk losyen, mudah disapu dan tidak comot. Ia mudah menyerap ke dalam kulit dan berbau harum.
Sumber gambar: Google

Nota kaki: Sekiranya bayi mendapat penyakit kuning (jaundice), ibu dilarang dr makan jamu. Ini kerana, jaundice sering terjadi disebabkan oleh organ dalaman seperti hati bayi yg belum matang dan tidak dapat berfungsi secara sempurna. Langkah terbaik utk merawat jaundice adalah dgn kerap memberi anak minum susu agar mereka mudah membuang air sekaligus dapat mengurangkan paras bilirubin dgn cepat.
 
  • Selipar
  • Maternity pad
  • Stokin
  • Minyak urut
  • Bag bersalin
  • Peralatan mandi (travel size)
  • Nursing bra
  • Disposable underwear
  • Kain batik
  • Sweater