Thursday, March 18, 2021

Penyusuan susu ibu bagi ibu bekerja.

Assalamualaikum dan hai.


Kali ini saya ingin menulis berkenaan susu ibu dan cara menguruskannya. Sejak anak saya Ili Nayla masih dalam kandungan, saya sudah merancang untuk memberikannya susu ibu secara eksklusif. Apakah yang dimaksudkan dengan penyusuan secara eksklusif? 


Penyusuan eksklusif bermaksud bayi hanya diberi susu ibu sahaja tanpa makanan atau minuman lain selama 6 bulan.


Alhamdulillah, sehingga kini, Nayla saya sudah berumur 5 bulan dan saya berjaya menyusukannya tanpa susu formula. Saya berazam untuk meneruskan penyusuan susu ibu sehingga berumur 2 tahun insyaALLAH.


Saya akan membahagikan penulisan kali ini kepada beberapa topik:

  • Kepentingan susu ibu
  • Demand & supply
  • Pam susu: Manual atau Auto?
  • Pengurusan susu perahan
  • Pengurusan susu ibu di rumah pengasuh

Kepentingan susu ibu

Seperti mana yang kita sedia maklum, susu ibu mempunyai banyak khasiat dan dapat memberikan nutrisi penting kepada bayi. Kolostrum (susu kuning pekat di awal kelahiran) yang mengandungi kandungan antibodi yang sangat tinggi sekaligus dapat meningkatkan sistem imuniti bayi. Selain itu, bagi ibu pula penyusuan susu ibu dapat mempercepatkan proses pengecutan rahim dan mengurangkan risiko kanser payudara dan ovari.

Demand & supply

Bagi menjayakan penyusuan eksklusif, ibu perlu terlebih dahulu memahami konsep demand & supply. Apakah itu? Semakin kerap payudara dikosongkan (demand), semakin banyak susu dihasilkan (supply). Oleh itu, penting bagi ibu untuk memastikan payudara kerap dikosongkan sama ada secara hisapan terus atau perahan. Pada awal kelahiran, susu ibu agak sedikit dan pekat. Ibu-ibu tidak perlu panik kerana ketika ini perut bayi masih kecil. Berikut merupakan keperluan susu ibu bagi 1 bulan pertama.



Sumber gambar: Google

Sebagai contoh anak saya Nayla, pada awal kelahiran kerap menangis usai dari menyusu. Pada awalnya, saya juga merasakan bahawa susu saya tidak mencukupi. Pabila saya meminta nasihat daripada pakar laktasi, ternyata hal ini terjadi kerana cara lekapan yang tidak betul.


Teknik lekapan yang betul. Sumber gambar: Google


Pam susu: Manual atau Auto?

Sebagai seorang ibu bekerjaya, sudah pasti saya perlu memerah susu ketika di tempat kerja. Ini bagi memastikan stok susu mencukupi dan mengelakkan payudara daripada bengkak susu. Terdapat pelbagai jenis pam susu sama ada secara manual atau automatik. Saya menggunakan kedua-dua jenis bergantung kepada keadaan dan tempat.


Silicone milk collector. Sumber gambar: Google



Cimilre F1 Breastpump. Sumber gambar: Google

Ketika di tempat kerja, saya menggunakan Cimilre F1 Auto Breastpump. Pam ini tidak memerlukan saya untuk mengepam susu secara manual. Selain menjimatkan tenaga, saya juga menggunakan ciri bebas tangan (handsfree) bagi membolehkan saya melakukan kerja sambil mengepam. Ketika di rumah, saya akan memastikan anak saya menyusu secara direct. Selain dapat mengeratkan hubungan ibu dan anak, ia juga menjimatkan masa. Namun begitu, ketika anak saya sedang menyusu, susu sering menitik keluar dari payudara sebelah lagi. Ini dinamakan Milk Ejection Reflex (MER)  atau Let Down Reflex (LDR). Hal ini berlaku kerana rembesan hormon Oksitosin. Bagi mengelakkan pembaziran, saya menggunakan Silicone Milk Collector untuk menadah susu yang keluar. Saya hanya perlu menekan dan melekapkannya pada payudara. Ciri silicone membantu milk collector untuk tetap pada payudara tanpa dipegang. Ia ringan, mudah digunakan dan mudah dibersihkan.

Pengurusan susu perahan

Saya akan memerah susu sebanyak 3 kali sepanjang waktu bekerja (8.30 pagi - 5.30 petang) selama 30 minit bagi satu kali sesi. Susu yang telah diperah akan disimpan di dalam cooler bag bersama 2 ice packs. Ini bagi mengekalkan suhu sejuk susu sebelum dibawa pulang.

Usai sampai di rumah, saya akan memindahkan separuh perahan ke dalam milk storage bag dan disimpan terus ke dalam chest freezer. Manakala separuh lagi akan saya simpan di bahagian chiller untuk dihantar ke rumah pengasuh pada keesokan hari. 

Berikut merupakan tempoh jangka hayat susu ibu:


Sumber gambar: Google

Pengurusan susu ibu di rumah pengasuh

Saya akan membekalkan susu ibu sebanyak 6 botol sehari ke rumah pengasuh. Satu botol adalah untuk sekali minum. Ini bagi mengelakkan pembaziran kerana susu yang tidak habis diminum perlu dihabiskan selama 1 jam. Anak saya Ili Nayla pada mulanya hanya minum sebanyak 2-3 Oz sekali. Sejak berusia 5 bulan, saya mula menambah susu kepada 3-4 Oz sekali. Ini semua bergantung kepada perkembangan dan kehendak bayi. 

Pada malam sebelumnya, saya akan mencairkan susu beku (frozen milk) di bahagian chiller. Pada pagi berikutnya, sekiranya susu masih tidak cair sepenuhnya, saya akan mengalirkannya di bawah air paip. Susu-susu tersebut akan saya masukkan ke dalam cooler bag bersama 3 ice packs bagi mengekalkan suhu susu tersebut sepanjang tempoh di rumah pengasuh. 

Berikut merupakan panduan susunan susu untuk dihantar ke rumah pengasuh.

Sumber gambar: Google

Saya akan melabelkan botol-botol mengikut nombor (1-6). Susu beku yang telah dicairkan akan dimasukkan ke dalam botol 1-3. Ini kerana, susu beku ini perlu dihabiskan dalam tempoh 24 jam. Botol 4-6 pula mengandungi chilled EBM (susu sejuk tanpa dibekukan) yang diperah pada hari sebelumnya. Chilled EBM yang tidak diminum boleh disimpan semula di dalam chiller selama 4 hari, atau dipindahkan ke freezer untuk dibekukan. 

Dengan cara ini, pengasuh hanya perlu memanaskan botol susu yang hendak diminum menggunakan warmer. Bukan sahaja menjimatkan masa, malah kemungkinan pengendalian susu ibu secara tidak betul oleh pengasuh dapat dielakkan. 

 
Saya menggunakan warmer jenama Supermama. Ia portable, kecil, ringan dan mudah digunakan. Sumber gambar: Google.


Sekian perkongsian saya mengenai pengendalian susu ibu bagi ibu bekerja. 












No comments:

Post a Comment